Apakah penjamin harus menyelesaikan hutang seandainya peminjam tidak menjelaskan pinjaman?

Soalan: 
Berdasarkan cara berhutang dewasa kini, setiap pinjaman memerlukan penjamin. Apakah penjamin harus menyelesaikan hutang seandainya peminjam tidak menjelaskan pinjaman?
Jawapan: 
Sebagaimana yang kita maklumi, setiap hutang haruslah dijelaskan samada sedikit ataupun banyak. Menurut Islam, penjamin adalah orang yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan hutang yang dibuat oleh orang yang berhutang yang tidak mampu membayarnya. Ini berdasarkan kepada keterangan sebuah hadis:
"Pinjaman wajib dikembalikan dan peminjam wajib membayarnya"
Maksudnya, tanggungjawab utama bagi membayar hutang ialah orang yang berhutang itu sendiri, bukan penjamin. Seandainya orang yang berhutang itu benar-benar tidak mampu membayarnya setelah mencuba dengan pelbagai cara, maka di waktu itu barulah menjadi tanggungjawab penjamin untuk hutang tersebut. Maka jadilah jumlah yang dibayarnya itu sebagai hutang ke atas peminjam yang wajib dibayar.
Rujukan: http://www.muftiselangor.gov.my/

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Saya Ulang Semula: Aurat Perempuan/Wanita/Muslimah/Muslimat Skor A+ YER

Firman Allah bermaksud: 
"Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan tudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada
  1. Suaminya
  2. Bapanya
  3. Bapa suaminya
  4. Anak-anaknya
  5. Anak-anak suaminya
  6. Saudara-saudaranya
  7. Anak-anak saudara lelaki
  8. Anak-anak saudara perempuannya
  9. Sesama perempuan Islam
  10. Hamba sahaya kepunyaannya
  11. Lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan
  12. Kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan.
Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang / rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah wahai orang yang beriman, supaya kamu beruntung." 
(Surah an-Nur, ayat 31)
Tak rumit pun. Skor A+ yer :)

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Pahala Membaca Al-Quran

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain" (Hadis Riwayat Buhari)
"Sesiapa yang membaca sat huruf daripada Kitab Allah (al-Quran) , maka baginya satu kebajikan dan satu kebajikan itu digandakan menjadi sepuluh yang seumpamanya. Tiadalah aku mengatakan, Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif itu satu huruf, Lam itu satu huruf dan Mim itu satu huruf(Hadis Riwayat Tirmizi)
"Amalan yang paling utama bagi umatku adalah membaca al-Quran" (Hadis Riwayat al-Baihaqi)
"Sesiapa yang membaca al-quran, dengan berdiri (dalam solat) pada sebahagian malam dan siang, dia menghalalkan apa-apa yang dihalalkan al-Quran, dan mengharamkan apa-apa yang diharamkan al-Quran, melainkan Allah mengharamkan dagingnya daripada dibakar oleh api neraka" (Hadis Riwayat Ibnu Ma"sud)
"Tuhan kami tabaraka wa Taala telah berfirman: "Sesiapa disibukkan oleh al-Quran lantaran mengingati Aku dan memohon sesuatu permohonan kepadaKu, nescaya aku anugerahkan kepadanya sesuatu apa yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta. Keutamaan Kalamullah atas segala perkataan yang lain itu, adalah seperti keutamaan Allah atas makhlukNya" (Hadis Riwayat Tarmizi)

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Kedudukan Anak-Anak Dalam Saf Solat

Perkataan saya di sini merujuk kepada Ustaz Hamizul Abdul Hamid-ini link asal http://www.hamizul.com/?p=506
Isu mengenai kedudukan anak-anak kecil di saff solat pernah saya tulis (Penulis adalah Ustaz Hamizul Abdul Hamid-ini link asal http://www.hamizul.com/?p=506pada tahun 2007. Artikel itu disiarkan oleh akhbar Utusan dan Majalah I, kemudiannya diulang siar oleh beberapa laman web @ blog, termasuklah laman peribadi Dr Asri Zainal Abidin, mantan Mufti Perlis.
‘Sebuah papan tanda di masjid…mesrakah dengan anak-anak kecil kita?’
Beberapa orang kenalan bahkan orang yang saya tidak kenali, menelefon dan menghantar e-mail mengucapkan tahniah dengan tersiarnya artikel itu, justeru ia telah memberikan satu pencerahan mengenai hukum anak-anak kecil apabila mereka solat di dalam satu saff bersama orang dewasa, sama ada di rumah, surau apatah lagi masjid.
Beberapa lama telah berlalu, sayangnya saya melihat corak pemikiran orang-orang Islam di negara ini masih sama. Suka bertaklid buta tanpa usul periksa. Mereka menghukum tanpa ilmu. Hasilnya, beberapa kali anak saya yang sudah mumaiyiz dan berkhatan dihalang dari solat di saff dewasa, di suruh ke saff belakang. Anak saya memprotes, wajahnya mencuka. Sepatutnya, jika anak saya sampai dahulu ke surau atau masjid, maka layaklah dia solat di saff utama, kenapa harus ke belakang pula. Lalu kadang-kadang, terfikir oleh saya bahawa anak kecil saya lebih memahami keutamaan mendapatkan pahala di saff utama, sebab itu mereka datang awal. Sedang ‘si dewasa’ merasakan mereka pandai, datang lambat tetapi mahu duduk di hadapan!

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Jalani Kerja Anda Sebagai Seorang Muslim

"Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak banyaknya (dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)".(Surah al-Jumuah:10)
Di dalam konteks kerja hari ini, kebanyakan di kalangan insan Muslim yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang pekerja sedia maklum tentang etika pekerjaan yang seharusnya dilakukan. Namun, pada hakikatnya masih ramai lagi di kalangan mereka yang tidak memahami, tidak mengerti, malah ada yang berpura-pura tidak mengerti dan menghayati akan hakikat tanggungjawab yang seharusnya digalas
Indahnya hidup di dalam Islam kerana ia melengkapi seluruh aspek kehidupan manusia seperti mana sempurnanya sebuah lukisan apabila ianya dipenuhi warna-warni kehidupan. Di hakikat kehidupan zaman sekarang, seharusnya masyarakat sedar bahawa kerja yang dilakukan saban hari bukan semata-mata kerana imbuhan yang bakal diterima bagi mengorak langkah di pentas dunia, malah ianya merupakan kunci utama di dalam melakukan ibadah kepada Allah S.W.T.

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*