Haji Siri 2

CARA-CARA MENGERJAKAN IBADAT HAJI

Ia terdiri dari tiga cara iaitu:

IFRAD

Iaitu berniat Haji sahaja.
Ifrad bermakna jemaah Haji berihram dari miqat dengan niat Haji sahaja kemudian dia bertalbiah seterusnya dia kekal berada dalam keadaan berihram sehingga dia wuquf di Arafah, dia melontar Jamrah Aqabah dan bertahallul dari ihramnya.
Perangkaan tempat yang terdapat di sebelah kanan paparan menjelaskan perjalanan jemaah Haji Ifrad langkah demi langkah.

Firman Allah Taala:
Yang bermaksud: Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

BERIHRAM HAJI IFRAD

Berihram ialah niat dan talbiah.
Ia dilakukan dari tempat miqat atau sebelumnya supaya lebih tenang. 

SUNAT IHRAM

  1. Menggunting rambutnya atau mencukurnya mengikut kebiasaannya sebelum itu.
  2. Memotong kukunya dan menghilangkan bulu kemaluannya.
  3. Mandi dan berwuduk.
  4. Memakai pakaian ihram iaitu sarung dan selendang putih, bersih dan yang afdhal adalah yang baru.
  5. Memakai wangi-wangian kemudian mendirikan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat pada bukan waktu yang makruh. Kemudian jemaah Haji bertalbiah dengan berkata:
Dia mengulanginya sebanyak tiga kali dan dia mengakhirinya dengan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jemaah Haji mengulangi talbiah setiap kali dia mendaki bukit, turun ke lembah bukit, menaiki kenderaan atau turun darinya dan ketika berjumpa para sahabat, kenalan-kenalan serta selepas selesai sembahyang.

Sumber: http://www.islam.gov.my

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*