Puasa Siri 1


Firman Allah Ta’ala :



Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.


(Surah Al-Baqarah Ayat 183)

PENGERTIAN BERPUASA


Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.



HUKUM-HUKUM BERPUASA



1.    Wajib
2.    Sunat
3.    Makruh
4.    Haram

PUASA WAJIB

Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.

PUASA SUNAT

1.    Puasa dalam bulan Sya’ban
2.    Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
3.    Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
4.    Puasa hari Tasu’a dan‘Asyura pada 9 dan 10 Muharram
5.    Puasa pada hari Isnin dan Khamis
6.    Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 dan 15
7.    Puasa satu hari berbuka satu hari
8.    Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
9.    Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab

PUASA HARAM

1.    Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
2.    Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
3.    Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
4.    Puasa perempuan haid & Nifas
5.    Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa

PUASA MAKRUH

1.    Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
2.    Berpuasa sepanjang tahun

SYARAT-SYARAT PUASA

Terbahagi kepada 2:
1.    Syarat-syarat wajib
2.    Syarat-syarat sah

SYARAT WAJIB PUASA

1.    Islam
2.    baligh
3.    berakal
4.    berupaya(sihat)
5.    bermukim

SYARAT SAH PUASA

1.    Islam
2.    Berakal
3.    Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
4.    Niat

Kongsikan artikel ini! :)
Sumber: http://www.islam.gov.my

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*