Puasa Siri 2


    RUKUN PUASA


    1.    Niat: Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya
    2.    Masa Puasa: Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari


    FAEDAH PUASA

    1.    Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
    2.    Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
    3.    Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
    4.    Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
    5.    Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
    6.    Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
    7.    Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
    8.    Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia

    SUNAT-SUNAT PUASA

    1.    Makan Sahur serta melambatkannya
    2.    Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
    3.    Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
    4.    Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
    5.    Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
    6.    Membaca Al-Quran
    7.    Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan

    PERKARA MAKRUH KETIKA BERPUASA

    1.    Berbekam
    2.    Mengeluarkan darah
    3.    Berkucup
    4.    Merasa makanan
    5.    Bersugi selepas gelincir matahari
    6.    Mencium wangian

    PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

    1.    Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
    2.    Makan dan minum sepanjang hari
    3.    Muntah dengan sengaja
    4.    Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
    5.    Keluar darah haid dan nifas
    6.    Gila
    7.    Pitam atau mabuk sepanjang hari
    8.    Murtad

    KEUZURAN YANG MENGHARUSKAN BERBUKA PUASA

    1.    Musafir
    2.    Sakit
    3.    Mengandung dan Ibu yang menyusukan anak
    4.    Tua

    KEISTIMEWAAN BULAN RAMDHAN

    1.    Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
    2.    Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
    3.    Iblis dipenjarakan
    4.    Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.
    5.    Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan. 

    MENGHORMATI BULAN RAMDHAN

    1.    Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.

    2.    Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan.

    Sumber: http://www.islam.gov.my

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*