Ialah seseorang yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan
jalan melakukan jima’ maka ia wajib membayar kifarah (denda) iaitu si suami
wajib mengeluarkan kifarah & qada’ puasa yang terbatal kerana jima’
walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada’
puasa yang terbatal.
Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah:
1.
Membebaskan seorang hamba yang beriman
2.
Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya berpuasa
2 bulan berturut-turut
3. Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang
fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu.
Fidyah
Ialah bayaran denda dengan
memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak
dikerjakan puasa) dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada’ Ramadhan
tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu cupak bersamaan
dengan 620 gram.
Hukum
Fidyah
Wajib di
keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala :
Maksudnya : “(Puasa yang
diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu
yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia
berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke
atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya)
membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu
hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan
(bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan
baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada
memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 184)
Sebab-sebab
wajib Fidyah
1. Tidak mampu melakukan ibadah
puasa
2. Sakit yang tidak mampu untuk
sembuh
3. Perempuan hamil atau menyusukan
anak iaitu jika berpuasa mendatangkan mudharat kepada anak yang di kandung dan
boleh mengurangkan air susu
4.
Mengakhirkan
qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang
berikutnya datang lagi.
Kongsikan artikel ini :)
Sumber: http://www.islam.gov.my