Belajar Solat


RUKUN SOLAT ADA 13:
1.    Niat.
2.    Takbiratul Ihram.
3.    Berdiri bagi yang mampu.
4.    Membaca surah Al-fatihah.
5.    Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
6.    Iktidal dengan tama'ninah.
7.    Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
8.    Duduk di antara dua sujud,dengan tama'ninah.
9.    Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
10.  Duduk dalam Tasyahhud akhir.
11.  Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir.
12.  Membaca salam.
13.  Tertib.

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Syarat Wajib Solat


1.    Islam
2.    Baligh
3.    Berakal
4.    Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan


SYARAT SAH SOLAT:
1.    Suci badan dari dua hadas besar dan kecil.
2.    Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.
3.    Menutup aurat.
4.    Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
5.    Yakin masuk waktu solat.
(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ianya tidak menepati syarat sah solat)


PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT:
1.    Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
2.    Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
3.    Makan/minum walau sedikit.
4.    Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
5.    Berniat keluar dari solat
6.    Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
7.    Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
8.    Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
9.    Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
10.  Meninggalkan rukun solat.
11.  Murtad

Source: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Waktu Haram Solat


Berikut adalah waktu yang diharamkan solat (sesetengah mengatakan bagi selain tanah haram):

1.    Waktu selepas solat Subuh hingga terbit matahari.
2.    Waktu mula terbit matahari (syuruk) hingga matahari berada di kedudukan pada kadar segalah (tujuh hasta).
3.    Waktu rambang (zawal, istiwa, rembah) atau waktu tengahari (matahari tegak) hingga gelincir matahari kecuali hari Jumaat.
4.    Waktu selepas solat Asar hingga matahari kekuningan.

Source: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Puasa Siri 1


Firman Allah Ta’ala :



Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.


(Surah Al-Baqarah Ayat 183)

PENGERTIAN BERPUASA


Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.



HUKUM-HUKUM BERPUASA



1.    Wajib
2.    Sunat
3.    Makruh
4.    Haram

PUASA WAJIB

Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.

PUASA SUNAT

1.    Puasa dalam bulan Sya’ban
2.    Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
3.    Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
4.    Puasa hari Tasu’a dan‘Asyura pada 9 dan 10 Muharram
5.    Puasa pada hari Isnin dan Khamis
6.    Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 dan 15
7.    Puasa satu hari berbuka satu hari
8.    Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
9.    Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab

PUASA HARAM

1.    Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
2.    Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
3.    Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
4.    Puasa perempuan haid & Nifas
5.    Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa

PUASA MAKRUH

1.    Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
2.    Berpuasa sepanjang tahun

SYARAT-SYARAT PUASA

Terbahagi kepada 2:
1.    Syarat-syarat wajib
2.    Syarat-syarat sah

SYARAT WAJIB PUASA

1.    Islam
2.    baligh
3.    berakal
4.    berupaya(sihat)
5.    bermukim

SYARAT SAH PUASA

1.    Islam
2.    Berakal
3.    Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
4.    Niat

Kongsikan artikel ini! :)
Sumber: http://www.islam.gov.my

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Bertimbang Rasa Dengan Orang Bawahan


HADITH:

Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a : “ Aku mencerca seseorang dengan memanggil ibunya dengan sapaan yang buruk. Nabi Muhammad SAW bersabda kepada ku :” Ya Abu Dzar! Apakah kau mencaci maki seseorang dengan menyeru ibunya dengan sapaan yang buruk? Dalam diri mu masih tertinggal sifat-sifat Jahiliah. Pembantu-pembantu mu adalah juga saudara-saudara mu dan Allah menempatkan mereka di bawah perintah mu. Maka sesiapapun yang saudaranya di bawah perintahnya harus diberi makanan yang sama dengan yang ia makan dan diberi pakaian yang sama dengan yang ia pakai. Jangan suruh mereka mengerjakan pekerjaan di luar kemampuannya dan apabila kamu terpaksa melakukannya, bantulah mereka.”(al-Bu khari)

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Dari Titik Peluh Sendiri


HADITH:

Dari Zubair bin Awwam r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Apabila kamu menyiapkan seutas tali, lalu pergi mencari kayu api, kemudian dibawanya seikat kayu di punggungnya lalu dijualnya dan Allah memberi kecukupan bagi keinginannya, itulah yang lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang ramai diberi ataupun tidak.”

(al-Bukhari)

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Setiap Hukum Ada Hikmahnya



HADITH:
Dari Abdullah bin Buraidah r.a, dari bapanya katanyarasulullah s.a.w bersabda:”Dahulu aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah. Aku pernah melarang kamu memakan daging korbanmu lebih dari tiga hari, sekarang simpanlah sekadar yang kamu perlukan. Aku pernah melarang kamu minum minuman anggur kecuali dengan gelas biasa, sekarang minumlah dengan apa jua bekas minuman. Tetapi jangan sekali-kali kamu minum minuman yang memabukkan.”

(Muslim)

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Permudahkan Segala Urusan Islam



HADITH:


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Permudahkanlah semua urusan dan jangan menyusahkannya, berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu yang menyebabkan orang lain lari.”

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Kaya Harta Dan Kaya Ilmu



HADITH:


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”

(al-Bukhari)

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Punca Segala Bencana



HADITH:


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:”Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:”Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:”Kerana inilah tanganku dipotong” Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun.”

(Muslim)

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Wudhuk



HADITH:


Dari Umar bin al-Khattab r.a katanya:” Ada seorang lelaki berwudhuk tetapi ada kakinya yang tidak terkena air selebar kuku. Dan hal itu dilihat oleh Nabi s.a.w. Disebabkannya baginda bersabda:”Ulang kembali wudhukmu dengan sempurna dan sebagus-bagusnya!” Orang itu pun berwudhuk kembali dan sesudah itu dia solat.”

(Muslim)

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Keistimewaan Memeluk Islam!




HADITH:


Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:"Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya."

(al-Bukahri)

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

My Favorite's Seafood Burger




Ingredients

Ingredients A
400 gm Minced fish meat
100 gm Minced prawn meat
2 Eggs
2 tablespoons Onion - chopped
3 slices White bread - largely diced
5 stalks Thyme - sliced thinly
1/2 teaspoon Anchovy powder
Salt and pepper to taste




Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*