"Ingatlah ketika Tuhanmu berfiman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya dan Ku tiupkan roh(ciptaan) Ku: Hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya. Lalu seluruh malaikat bersujud, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir"
Didalam Surah At-Thariq : 5-7
" Maka hendaklah manusia memikirkan: daripada apakah ia diciptakan? Dia diciptakan dari air (mani) yang memancar (kedalam rahim). Yang keluar dari tulang salbi lelaki dan tulang dada perempuan"
Nabi bersabda:
"Semua kamu berasal dari Nabi Adam dan adam dijadikan daripada tanah"
Menurut riwayat ketika, Allah SWT menitahkan kepada Malaikat
Jibril a.s supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanah untuk mencipta
Adam a.s, bumi tidak membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana
bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali
ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila
mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail pula untuk turun
ke bumi bagi mendapatkan tanah sebagaimana Malaikat Jibril. Jawapan bumi tetap
sama sebagaimana Jibril lalu Allah memerintahkan pula kepada malaikat Israfil
dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan
yang sama.
Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Allah
berfirman :
"Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas nama Ku."
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah
kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail
mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia kehadrat Allah.
Lalu Allah berfirman lagi:
"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan di kemudian hari nanti akan Aku tugaskan engkau mencabut roh manusia."
Maka Izrail merarasa amat khuatir kerana bimbang akan dibenci oleh
umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi:
"Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh,terbakar, sakit dan sebagainya."
JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN DALAM PENCIPTAAN NABI ADAM A.S:
|
Menurut riwayat tanah yang diambil yang digunakan untuk menjadikan adam mempunyai lima jenis warna iaitu putih, hitam, kuning, coklat, dan merah. Oleh yang demikian manusia memiliki berbagai warna kulit. Tanah yang digunakan untuk menjadikan Adam a.s ialah sebagaimana berikut:
1.
Tanah tapak Baitul Maqdis
2.
Tanah Bukit Tursina
3.
Tanah Iraq
4.
Tanah Aden
5.
Tanah Al-Kautsar
6.
Tanah tapak Baitullah
7.
Tanah Paris
8.
Tanah Khurasan
9.
Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah Syurga
12. Tanah Tha'if
Menurut Ibnu Abbas:
1.
Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah berada
otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.
2.
Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar
dan tempat menerima nasihat.
3.
Dahinya dari tanah Iraq ,kerana disitu tempat sujud kepada.
4.
Mukanya dari tanah Aden , kerana di situ tempat berhias dan
tempat kecantikan.
5.
Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.
6.
Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7.
Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan
kerjasama sesama manusia.
8.
Tangan kirinya dari tanah Paris , tempat beristinjak.
9.
Perutnya dari tanah Babylon . Disitulah tempat seks(berahi)
dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari
tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari
tanah India , tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah
syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan
sebagainya.
13. Lidahnya dari
tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.
PROSES KEJADIANNYA:
|
1.
Ketika Allah jadikan Adam, tanah-tanah tersebut dicampur dengan
air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api sehingga menjadi tanah liat
kering yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Kemudian Allah
resapkan Nur (cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
2.
Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh
Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung,
tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur
sifat Allah.
3.
Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air "Kudral-Izzah-Nya" .
Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
4.
Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh
Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung
Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh
itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada
Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik
sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah
diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan,
yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun
orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih
kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.
Tujuh buah liang dikepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya adalah:
1.
Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang
hidung dan sebuah liang mulut.
2.
Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera:
1.
Mata alat penglihatan
2.
Hidung alat penciuman
3.
Telinga alat pendengaran
4.
Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5.
Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa
halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk
perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.
Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan
roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah
otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah
matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke
kanan dan kebawah di mana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah
keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian
dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih
dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.
Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta
mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah.
Itulah ucapan Adam pertama kalinya ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman "Yarhamukallah"yang
membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah".
Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan
orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan"Yarhamukallah".
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal
sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Di sini menunjukkan sifat
manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).
Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah
susunan isi perut dengan sempurna. Seketika itu Adam terasa lapar. Kemudian
terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah
daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian
lama kian cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian
Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang
pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang
begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun
lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah
kelangit yang ketujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam tinggal.
Siti hawa telah dijadikan oleh Allah dari tulang rusuk kiri nabi
Adam ketika berada di dalam Syurga. Ketika mereka telah memakan buah larangan
atas pujukan Iblis maka tertanggallah pakaian mereka dan akhirnya di turunkan
oleh Allah di bumi. Menurut riwayat nabi Adam turun di India. Tetapi mengikut
setengah riwayat di Mekah dan terpisah dengan Hawa. Akhirnya mereka bertemu di
Padang Arafah (Padang Perkenalan).
Umur Nabi Adam menurut satu riwayat adalah 930 tahun dan
mengikut riwayat yang lain 934 tahun. Ketinggiannya adalSah 60 hasta dan ukuran
tapak kaki Adam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Kathir ialah 11 jengkal.
Siti hawa telah melahirkan anak sebanyak 40 kali dan setiap kali beranak adalah
kembar lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian mengikut syariat yang ada pada
waktu itu maka dibenarkan berkahwin adik beradik tetapi dengan syarat bukan
dengan kembar yang lahir sekali.
Sumber: http://www.jais.gov.my