Dari
Zubair bin Awwam r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Apabila kamu menyiapkan
seutas tali, lalu pergi mencari kayu api, kemudian dibawanya seikat kayu di
punggungnya lalu dijualnya dan Allah memberi kecukupan bagi keinginannya,
itulah yang lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang ramai
diberi ataupun tidak.”
(al-Bukhari)
Orang yang berjaya ialah orang yang mampu menempuh berbagai rintangan dan
cabaran dalam hidup. Walau daripada mana ceruk asal seseorang itu, sekiranya
dia rajin berusaha maka kejayaan akan menjadi miliknya. Bukankah rezeki Allah
S.W.T ada di mana-mana. Cuma yang bakal menentukan hanyalah ‘mahu’ atau
‘tidak’ kerana kemalasan akan menjunamkan seseorang itu ke lembah kehinaan.
Begitu juga dengan sikap malu hendaknya biarlah bertempat. Kata orang malu
bertanya sesat jalan, malu makan perut lapar dan malu dalam mencari rezeki
alamat hidup akan melarat. Sesungguhnya Islam memandang mulia pada manusia
yang bekerja membanting tulang empat kerat untuk mencari sesuap nasi atau
rezeki yang halal berbanding dengan mereka yang hidup meminta-minta daripada
orang lain.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
|
|