|
Dari
Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kelak bumi akan memuntahkan
jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang
pembunuh seraya berkata:”Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang
pula si perompak, lalu berkata:”Kerana inilah aku putuskan hubungan
silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:”Kerana inilah
tanganku dipotong” Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu,
tiada mereka mengambilnya sedikitpun.”
(Muslim)
Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda. Malah kadangkala kerana
gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan
syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan
silaturrahim. Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling
bertakwa. Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa membawa apa-apa erti
jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah. Hakikat harta
diterangkan Rasulullah s.a.w seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah: "Seorang hamba (manusia) berkata, 'Hartaku, hartaku!' Padahal
hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis: (1) Apa yang dimakannya lalu habis.
(2) Apa yang dipakainya lalu lusuh. (3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan
untuk akhirat. Selain yang 3 itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan
kepada orang lain". (Muslim)
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
|
|