Belajar Solat


RUKUN SOLAT ADA 13:
1.    Niat.
2.    Takbiratul Ihram.
3.    Berdiri bagi yang mampu.
4.    Membaca surah Al-fatihah.
5.    Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
6.    Iktidal dengan tama'ninah.
7.    Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
8.    Duduk di antara dua sujud,dengan tama'ninah.
9.    Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
10.  Duduk dalam Tasyahhud akhir.
11.  Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir.
12.  Membaca salam.
13.  Tertib.

Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. (Tidak rukun bila solat jemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan al-quran:-dan hendaklah kamu diam bila quran dibacakan).

PERKARA-PERKARA SUNAT SEMASA SOLAT
1.    Sunat Hai'ah
2.    Sunat Ab'adh


PERKARA-PERKARA DILARANG SEMASA SOLAT:
1.    Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam).
2.    Memandang ke atas (mendongak).
3.    Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja.
4.    Berludah ke hadapan atau ke belah kanan.
5.    Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk.
6.    Bercekak pinggang.
7.    Menyinsingkan kain atau baju.
8.    Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan).
9.    Bersembahyang ketika berasa hendak qadha' hajat (membuang air).

WAKTU SOLAT SUNAT:
Tidak semua solat sunat mempunyai waktu tertentu melainkan beberapa solat sunat. Waktu-waktunya adalah mengiku kelaziman waktu solat Nabi Muhammad s.a.w. antara solat sunat yang dilakukan mengikut waktu tertentu:

1.    Solat dhuha - dilakukan ketika waktu matahari baru naik (mengikut pandangan sesetengah ulama, pada ketinggian segalah atau tujuh hasta)
2.    Solat dua Hari Raya - dilakukan pada waktu pagi hari raya yang pertama bagi keuda-dua jenis hari raya dan lazimnya dilakukan pada waktu 
Dhuha iaitu waktu matahari baru naik (mengikut pandangan sesetengah ulama, pada ketinggian segalah)
3.    Solat tarawih - dilakukan pada waktu Isya' (lazimnya dilakukan selepas Solat isya' sebelum kemunculan waktu imsak)
4.    Solat sunat gerhana - dilakukan pada waktu gerhana (matahari atau bulan) berlaku.
5.    Solat sunat rawatib - dilakukan sebelum dan selepas solat fardhu. Tidak semua solat mempunyai kedua-dua solat sunat.

Source: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*