Syarat Wajib Solat


1.    Islam
2.    Baligh
3.    Berakal
4.    Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan


SYARAT SAH SOLAT:
1.    Suci badan dari dua hadas besar dan kecil.
2.    Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.
3.    Menutup aurat.
4.    Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
5.    Yakin masuk waktu solat.
(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ianya tidak menepati syarat sah solat)


PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT:
1.    Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
2.    Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
3.    Makan/minum walau sedikit.
4.    Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
5.    Berniat keluar dari solat
6.    Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
7.    Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
8.    Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
9.    Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
10.  Meninggalkan rukun solat.
11.  Murtad

Source: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*