Peringkat-peringkat
sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini,
kita check sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan
ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada
pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.
Kita
boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai
juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata
jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun
masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.
Golongan
2.
Orang
yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul,
taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi
atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak
bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.
Golongan
3.
Orang
yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu
ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan
dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada
masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program
kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak
sembahyang.Orang ini jatuh fasik.
Golongan
4.
Orang
yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk
kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham,
fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang
dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal
saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya
mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi
orang ini.
Golongan
5.
Golongan
yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap
bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati
dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek
kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai
sembahyang awamul muslimin.
Golongan
6.
Golongan
ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali
didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila
teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan
seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah
semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat
dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia
merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah
golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan
kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada
kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu
mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan
dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada
memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.
Golongan
7.
Golongan
yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan
setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa
dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan
atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya.
Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan
seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya.
Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut
orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.
Golongan
8.
Golongan
ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu
bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia
dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah
bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya
dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung
dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam
sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam
sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir
dengan Allah)
Golongan
9.
Golongan
ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja
ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi
di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin
sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang.
Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam
sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk
mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah
itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang
makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya.
Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam
sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya
langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang
disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.
Setelah
kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita
nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh
membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh
mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan
akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti,
manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.
Jadi
dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang.
Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di
akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat
kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga
tertegak kembali daulah Islam.
Kongsikan artikel ini :)
Sumber:
http://www.pekanrabu.com