Menghayati Falsafah Haji

Musim haji kini tiba lagi. 1 Zulkaedah 1432H, bermulanya rombongan jemaah haji dari Malaysia ke tanah suci. Alangkah bertuahnya mereka kerana telah terpilih menjadi tetamu Allah bagi menyempurnakan rukun Islam kelima.

Ibadah-ibadah pokok dalam Islam adakalanya dilaksanakan dengan lisan atau fizikal atau dengan harta. Solat dilakukan dengan lisan dan fizikal, puasa dengan fizikal sahaja. Zakat dengan harta sahaja. Namun istimewanya ibadah haji kerana ia dilakukan dengan lisan, fizikal dan harta.

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Islam Itu Mudah

Benarkah Islam itu mudah? Pertanyaan ini sering bersarang di dalam sanubari kita. Apatah lagi kepada saudara-saudara seagama yang baru mengenali Islam. Bagi menjelaskan pekara ini secara langsung, marilah kita rujuk kepada pegangan Allah S.W.T. yang mengatakan bahawa Dia tidak mahu lagi manusia kesusahan atau sesuatu yang membebankan. Allah S.W.T. menjelaskan dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud : "Allah mengkehendakkan kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran."

Rasullullah S.A.W. juga bersabda bagi memperjelaskan lagi perkara ini, melalui hadisnya yang telah diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi yang bermaksud : "Sesungguhnya Islam itu mudah"

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Korban Jangan Jadi Upah

Menjelang musim hari raya korban, maka mungkin beberapa peringata patut diulangi agar amalan korban kita benar-benar memenuhi tuntutan syarak. Antaranya, daging korban tidak boleh dijual oleh pembuat korban, sama ada dengan cara tukaran wang atau tukaran tenaga kerja. Apa sahaja transaksi yang membawa erti ‘menjual binatang yang telah dikorbankan’ samada dengan tukaran duit atau tenaga atau selainnya, adalah dilarang.

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Status Kesucian Ikan Yang Diberi Makanan Tidak Halal

Ikan ternakan yang dipelihara dalam kolam, tasik, lombong dan seumpamanya serta diberi makanan daripada najis seperti babi dan bangkai sebagai sumber makanan utama adalah haram dimakan.

Bertarikh 9 April 2007
[Mufti Sel. 500-2; PU. Sel. AGM. 0007 Jld. 2]

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Hukum Menggunakan Alat Bantuan Untuk Tujuan Hubungan Kelamin

Harus menggunakan alat bantuan untuk tujuan hubungan kelamin bagi suami dan isteri dengan syarat berikut: 
  1. Tidak mendatangkan kemudaratan dari segi fizikal ataupun mental sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang;
  2. Alat yang digunakan bukan dari bahan yang najis;
  3. Hendaklah ada persetujuan bersama di antara suami dan isteri; dan
  4. Digunakan untuk tujuan kebaikan bagi perkara yang diharuskan oleh syara’ sahaja. 
Bertarikh 5 Februari 2007
[Mufti Sel. 500-2; PU. Sel. Agm. 0007 Jld. 2]

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

ASB dan ASN

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA
NEGERI SELANGOR KALI KE 2/2011
(12 APRIL 2011M/8 JUMADIL ULA 1432H)

KERTAS KERJA PENILAIAN SEMULA HUKUM PELABURAN AMANAH SAHAM NASIONAL (ASN) DAN AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB) DAN SEUMPAMANYA;

KEPUTUSAN:

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Pantau Harta, Jangan Bazirkannya

Dalam diskusi panjang kita mengenai harta, seringkali kita menyinggung tentang peri pentingnya mengurus harta mengikut piawaian yang telah ditetapkan Allah SWT.

Isu kedekut misalnya, telah acap kali disentuh lewat penulisan di ruangan ini. Kedekut selalunya diiringi sifat tamak-haloba dan sayangkan harta secara berlebihan. Qarun selalu diangkat sebagai ikon kedekut, di samping watak Hj. Bakhil yang amat mengesankan. Maka, pada kali ini kita akan cuba menyoroti satu lagi sifat tidak molek yang sering digandingkan dengan harta, iaitu membazir.

Umumnya, membazir adalah sifat berlebih-lebihan dalam berbelanja, sehingga melampaui tahap keperluan. Membazir juga boleh berlaku apabila harta dibelanjakan pada jalan-jalan yang tidak sesuai, berjudi misalnya adalah contoh pembaziran yang amat dilarang. Oleh itu, al-Quran dan al-hadis acap kali memperingatkan kita agar menjauhi pembaziran. Bahkan, terdapat 23 kali ungkapan ‘membazir’ yang telah diulang-ulang di dalam al-Quran.

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Mengintai Hikmah Zakat dan Sedekah

Islam agama syariat, yang menjadi panduan hidup untuk seluruh umat. Syariat menunjukkan, bagaimana untuk kita menjalani tatih hayat di atas dunia, apa yang perlu dilakukan, apa yang wajib ditinggalkan, apa yang mendatangkan mudarat dan apa yang menimbulkan nikmat. Syariat menentukan kaitan antara dunia dan akhirat.

Dalam kepelbagaian aturan Allah SWT yang dinamakan syariat itu, kita wajar memahami bahawa salah satu perkara yang sangat penting ialah tatacara perhubungan sesama manusia. Dalam hal ini, Allah SWT telah mensyariatkan kepada kita apa yang dinamakan sebagai sedekah dan zakat.

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Zakat Bukan Untuk Orang Miskin Sahaja

Kaya masih layak dapat zakat? Bukankah zakat hanya untuk orang miskin? Demikianlah antara persoalan semasa mengenai agihan zakat. Tidak dinafikan, umumnya umat Islam sering mengaitkan zakat dengan fakir dan miskin.

Bagi menjawab isu ini, kita tidak boleh bersifat melulu menafikan sesuatu yang kita tidak tahu. Hakikatnya, asnaf zakat ada lapan dan hanya dua asnaf sahaja yang disyaratkan miskin, iaitu fakir dan miskin. Manakala, bagi hamba sahaya, mereka bukanlah miskin melainkan mereka asnaf ‘istimewa’, justeru diri mereka adalah milik tuannya. Dalam Islam, hamba hendaklah dilayani dengan santun oleh tuannya dan kebajikannya dipelihara oleh tuannya. Mereka memang tiada harta; tetapi kebajikan mereka sepatutnya terjaga, justeru mereka adalah milik tuannya yang kaya.

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Jangan Ambil Hak Orang

BAGI mengingatkan umat Islam mengenai hal ini, Allah SWT berfirman: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” (Al-Baqarah: 188)

Imam ibn Al-Arabi menegaskan, ini adalah satu daripada kaedah utama dalam muamalat Islam dan asas bagi semua kontrak pemilikan. Erti ‘makan’ dalam ayat itu ialah penerimaan pemberian dan penguasaan. Digunakan lafaz ‘makan’ sebagai perumpamaan saja. Manakala maksud al-bathil menurut Ibn Al-Arabi: “Apa saja yang tidak halal menurut syarak seperti riba, gharar dan seumpamanya yang tiada satu faedah dan manfaat (buat Islam).”

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Hutang Galak Kekufuran

KEADAAN umat Islam semakin memilukan apabila aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini. Ia mungkin tidak pelik bagi yang tidak berkemampuan, tetapi menjadi kaedah dan teknik terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan serta mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu.

Maka lahirlah ramai individu yang mampu membuat pembayaran secara tunai tetapi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah, iaitu jika membayar secara tunai mereka akan rugi.

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Bersabar Menerima Ujian Allah

ALHAMDULILLAH, bertemu lagi kita di ruangan ini dan diharap pembaca sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.

Dalam ruangan kali ini, saya ingin menyentuh mengenai ujian dalam hidup kita. Ujian ini bermacam-macam bentuk dan pastinya ada yang ringan dan ada pula terasa berat untuk dipikul. Sebagai manusia, kita pasti diuji Allah SWT dan ia juga berlaku ke atas junjungan besar kita, Rasulullah SAW walaupun diketahui bahawa baginda seorang yang maksum iaitu bersih daripada dosa.

Malah, dinyatakan juga bahawa Firaun yang mengaku dirinya tuhan akhirnya tewas dengan ujian Allah dan mati dalam kekufuran. Perlu kita ingatkan diri, ujian yang kita hadapi dengan penuh kesabaran itu sebenarnya untuk memantapkan iman dan keyakinan seseorang terhadap Allah SWT.

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Manfaat 10 Malam Awal Zulhijjah

Tujuh amalan dianjur sepanjang bulan penuh berkat 

KINI kita berada di pertengahan bulan Zulqaedah. Insya-Allah jika dipanjangkan umur, kita bakal bersua dengan bulan Zulhijjah. Bulan yang mulia lagi berkat ini merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan terutamanya pada sepuluh hari pertama dalam bulan ini.

Firman Allah SWT dalam surah al-Fajr ayat 1-3 maksudnya: “Demi waktu fajar dan malam yang sepuluh yang mempunyai kelebihan di sisi Allah dan bilangan yang genap serta yang ganjil.”

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Hindari Sifat Tamak, Megah Miliki Harta

ISLAM tidak menghalang umatnya mencari dan memiliki harta benda yang banyak, malah amat digalakkan demi mencukupi keperluan hidup asalkan halal di sisi agama. 
Usaha melengkapi keperluan hidup yang halalsatu kewajiban setiap individu Muslim seperti mana pernah diingatkan oleh Rasulullah yang bermaksud: “Mencari rezeki yang halal adalah wajib sesudah menunaikan yang fardu (seperti solat, puasa, dan lain-lain).” (Ath-Thabrani dan Al-Baihaqi)

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Kelebihan Bersedekah

Firman Allah Taala:



وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ(10)


"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata:  Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh. "(1)

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Jauhi Buruk Sangka

Adik-adik sekalian, salah satu sifat buruk yang perlu di jauhi dalam hidup seorang Muslim sejati adalah sifat suka berburuk sangka. Sifat buruk sangka ini datang daripada sikap suka berprasangka. Sikap prasangka ini terbahagi kepada dua iaitu prasangka baik dan prasangka buruk. Dalam al-Quran, surah al-Hujurat ayat 12, Allah menyebut tentang prasangka, yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Wajib Menuntut Ilmu Agama dan Kelebihannya

Hadis Kedua Puluh Satu
21- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعِلْمُ ثَلَاثَةٌ وَمَا سِوَى ذَلِكَ فَهُوَ فَضْلٌ آيَةٌ مُحْكَمَةٌ أَوْ سُنَّةٌ قَائِمَةٌ أَوْ فَرِيضَةٌ عَادِلَةٌ. (أبو داود وابن ماجه)
21 - Dari Abdullah bin 'Amr r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Ilmu yang menjadi asas (bagi ilmu-ilmu yang dikehendaki oleh agama) adalah tiga dan yang lain dari itu adalah ilmu yang lebih;  - ilmu-ilmu yang tiga itu ialah: Ayat Al-Qur'an yang terang nyata dan tidak dimansuhkan hukumnya; atau "Sunnah" (hadis) yang sah datangnya dari Rasulullah s.a.w., yang tetap kekal atau ketetapan dan keputusan yang betul sama seimbang (dengan kehendak kitab Allah dan sunnah RasulNya)" ( Abu Daud dan Ibnu Majah)

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*