Lelaki Memakai Gelang


Soalan:
Adakah boleh seorang lelaki memakai gelang tangan untuk tujuan perubatan misalnya ubat sakit kepala? Adakah dibolehkan seorang lelaki memakai gelang tanpa sebab atau hanya untuk bergaya?

Jawapan:
Gelang adalah pakaian khusus bagi kaum perempuan. Kaum lelaki haram memakai gelang sekalipun bukan diperbuat daripada emas, kerana perbuatan sedemikian itu menyerupai kaum perempuan, seperti juga memakai rantai atau subang sekalipun rantai dan subang tersebut bukan diperbuat daripada emas. Larangan supaya lelaki tidak menyerupai perempuan dan perempuan tidak menyerupai lelaki jelas disebutkan dalam hadis Ibnu ‘Abbas Radhiallahu„ anhuma, katanya: 

Maksudnya:
“Rasulullah Shallallahu „alaihi wasallam melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.” (Hadis riwayat al-Bukhari) 
Adapun memakai gelang dengan tujuan semata-mata berubat dan ia memang betul-betul ubat, maka tidaklah mengapa kerana ada keperluan dan hajat. Sekiranya memakai itu, walaupun untuk berubat tetapi disertai dengan niat untuk bermegah-megah atau bergaya, maka yang demikian itu adalah haram. Apatah lagi untuk bergaya semata-mata.

Sumber: Pejabat Mufti Brunei Darussalam

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*