Pendidikan Anak-Anak Mengikut Pandangan Islam

Firman Allah:

Bermaksud:
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.

(Surah Taha: 132)

Firman Allah:

Bermaksud:
Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.

(Surah al-Tahrim: 6)

Firman Allah:

Bermaksud:
Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka (yang kafir itu) semuanya (pada hari Kiamat kelak), mengenai apa yang mereka telah lakukan.

(Surah al-Hijr: 92-93)

Firman Allah:

Bermaksud:
Allah perintahkan kamu mengetahui (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu.

(Surah an-Nisa': 11)

Firman Allah:

Bermaksud:
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap.

(Surah al-Baqarah: 233)

Firman Allah:

Bermaksud:
...dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya. (Surah al-Mumtahanah: 12)

Firman Allah:

Bermaksud:
Dan hentikanlah mereka (menunggu), kerana sesungguhnya mereka akan disoal...

(Surah al-Saffat: 24)

Dan banyak lagi ayat yang lain. Antara hadith suci ialah: Sabda Rasulullah s.a.w.:

Bererti:
Seorang lelaki merupakan pengembala di rumah keluarganya dan ia bertanggungjawab terhadap seluruh anggota di rumahnya, dan setiap perempuan sebagai pengembala di rumah suaminya, serta ia bertanggungjawab ke atas anggota dalam keluarganya.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Bererti:
Sesungguhnya lebih baik bagi mana-mana bapa mendidik anaknya dari bersedekah satu cupak (beras).

(Riwayat al-Tirmizi)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Bererti:
Tidak ada sesuatu yang boleh diberi oleh seorang bapa kepada anaknya lebih baik dari didikan yang sempuma.

(Riwayat al-Tirmizi)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Bererti:
Ajarlah anak-anak dan keluarga kamu segala kebaikan serta didiklah mereka.

(Riwayat Abdul Razak dan Said bin Mansur)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Bererti:
Didiklah (ajarlah) anak-anak kamu tiga sifat: Pertama; kasih kepada Nabi kamu, kedua: kasih kepada keluarganya, ketiga: membaca al-Quran...

(Riwayat al-Tabrani)

Dari Abi Sulaiman Malik Ibn al-Huwairith berkata: Kami telah didatangi oleh Rasulullah s.a.w. semasa kami dalam lingkungan umur yang lebih kurang sama, kami tinggal dengan Rasulullah s.a.w. dua puluh malam, kemudian baginda s.a.w. menyangka yang kami merindui keluarga kami. Baginda bertanya kepada kami mengenai siapa yang kami tinggalkan bersama keluarga, lalu kami memberitahunya, baginda amat simpati dan berbelas kasihan dengan kami. Baginda bersabda yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Al-Adab A/-Mufarrad:


Bererti:
Kembalilah pada keluarga kamu, ajarlah serta perintahlah mereka. Sembahyanglah seperti mana kamu lihat aku sembahyang. Jika sampai waktu sembahyang, biarlah salah satu dari kamu berazan dan biarlah orang yang paling tua dari kamu menjadi imam.

(Riwayat al-Bukhari)


Bererti:
Pada hari Kiamat nanti tidak akan berganjak kaki hamba Allah melainkan ditanya mengenai empat perkara: Tentang umurnya; bagaimana ia menghabiskannya? Tentang masa mudanya bagaimana ia dihabiskan? Tentang hartanya dari mana ia dapat dan di mana ia dibelanjakan ? Tentang ilmunya apa yang dia gunakan dengannya?

(Riwayat al-Tirmizi)

Dan banyak lagi hadith seperti ini yang begitu jelas dan terperinci.

Bertolak dari tunjuk ajar yang diberi oleh Allah Ta'ala menerusi ayat-ayat suci al-Quran, serta hidayat yang telah disampaikan oleh Muhammad s.a.w., para pendidik telah memberikan perhatian yang sangat besar kepada pendidikan anak-anak, generasi demi generasi. Mereka juga telah mengambil berat mengenai pengajaran, tunjuk ajar, serta membetulkan penyelewengan anak-anak itu. Bahkan, para ibu bapa serta mereka yang bertanggungjawab selalunya memilih guru-guru yang paling pandai mengajar dan mendidik dan juga pendidik-pendidik yang paling berupaya memimpin serta tunjuk ajar bagi melaksanakan tugas-tugas mereka dengan sempurnanya, supaya anak itu dibesarkan, berasaskan akidah, akhlak, serta ajaran-ajaran agama Islam.

Di sini saya bawakan kumpulan cerita orang dahulu serta berita-berita mereka dengan harapan ia dapat menunjukkan kepada setiap orang yang berfikir, sejauh mana mereka begitu mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak. Sejauh mana mereka memilih pendidik-pendidik yang paling pakar dalam hal ilmu serta akhlak dan mempunyai cara yang paling baik bagi mengajar anak-anak mereka?

Al-Jahiz meriwayatkan, ketika Ukbah Ibn Abi Sufian memberikan anaknya kepada pendidiknya ia berkata:"Biarlah apa yang kamu mulakan mengenai pemulihan anak-anak saya merupakan pemulihan diri kamu sendiri. Sesungguhnya pemerhatian mereka bergantung kepadamu. Perkara-perkara yang baik bagi mereka ialah segala apa yang kamu terima sebagai baik. Manakala perkara-perkara yang buruk bagi mereka ialah segala apa yang kamu anggap sebagai buruk. Ajarlah mereka sejarah hidup orang cerdik-pandai (hakim-hakim) serta akhlak para sasterawan, ajar mereka agar menghormati saya, dan ajarkan mereka peradaban. Jadikan mereka sebagai doktor yang tidak mudah memberikan ubat melainkan setelah mengetahui penyakitnya, dan janganlah berserah dengan alasan keuzuranku, kerana sesungguhnya saya telah menyerahkan sepenuhnya anak-anak saya kerana kebolehan serta keupayaanmu."

Ibn Khaldun telah meriwayatkan dalam Muqaddi-mahnya, bahawa apabila Harun al-Rasyid memberikan anaknya al-Amin kepada pendidiknya ia berkata:

Wahai Ahmar ("kemerah-merahan") sesungguhnya Amir al-Mu'minin telah memberikan kamu buah hatinya dan kegembiraan jiwanya. Jadikanlah diri kamu bermurah terhadapnya, wajiblah ke atasmu mentaatinya, sesuaikanlah diri kamu dengan taraf kedudukannya yang telah diberi oleh Amir al-Mu'minin. Ajarlah dia al-Quran. Berikanlah dia pengetahuan sejarah. Dengarkanlah ia syair-syair, ajarkanlah dia ilmu sunnah. Jelaskanlah untuknya tempat kata-kata dan permulaan-permulaannya. Laranglah dia dari ketawa melainkan pada masanya. Janganlah membiarkan masa berlalu tanpa mengambil kesempatan bagi memberikan dia faedah.

Janganlah dia selalu bersedih menyebabkan fikirannya mati, dan jangan selalu memaafkan dia menyebabkan dia selesa dengan masa lapang dan menjadi biasa dengannya. Betulkan dia dengan cara mesra, baik dan lembut sedaya upayamu. Jika tidak berkesan juga, gunakanlah cara tegas dan kasar.

Perhatian yang diberikan oleh orang-orang dahulu kepada anak, telah mencapai tahap pemeliharaan hubungan yang rapat serta mesra antara mereka. Sehingga mereka boleh menjadi sedih kalau meninggalkan anak-anak itu atas sebab-sebab yang tertentu. Kerana bimbang kalau-kalau anak mereka tidak dididik dan diasuh mengikut kehendak dan kemahuan mereka. Al-Rakhibal-Asfahani menyatakan bahawa al-Mansur dari Bani Umaiyyah telah mengirim berita kepada mereka yang berada di dalam tahanan, menanyakan: "Apakah perkara yang paling sukar kamu lalui semasa dalam tahanan?" Mereka menjawab: "Apa yang merugikan ialah tentang didikan anak-anak kami."

Abdul Malik Ibn Maryam menasihati pendidik anak-anaknya: "Ajarlah mereka kebenaran sebagaimana kamu mengajarnya al-Quran. Suruhlah mereka berpegang teguh dengan akhlak yang mulia. Dengarkanlah syair-syair supaya mereka menjadi gagah berani, ajaklah mereka duduk bergaul dengan orang mulia dan para ilmuwan. Elakkan mereka bercampur gaul dengan golongan kelas bawahan yang rendah serta khadam kerana orang seperti ini paling buruk dari segi pendidikan. Hormatlah mereka di depan orang dan kejilah serta marahilah mereka secara rahsia (belakang orang). Pukullah mereka jika mereka berbohong, sesungguhnya melakukan dusta menggalakkan pencabulan yang membawa ke neraka."

Al-Hajaj telah berkata kepada pendidik anak-anaknya: "Ajarlah mereka berenang sebelum diajar menulis. Sesungguhnya mereka boleh dapat sesiapa yang boleh menulis bag! pihak mereka, tetapi tidak boleh dapat sesiapa yang berenang bagi pihak mereka." Salah seorang ahli hikmat telah berkata kepada guru anaknya: "Janganlah pindahkan mereka dari ilmu ke ilmu, melainkan mereka sudah memahaminya dengan baik dan menghalusinya. Sesungguhnya jika terlampau banyak ilmu sampai ke pendengaran serta tersesak-sesak dalam ingatan boleh menyesatkan kefahaman."

Umar Ibn al-Khatab r.a. telah menulis kepada ahli Syam menasihati mereka: "Ajarlah anak-anak kamu berenang, menembak serta menunggang kuda." Antara pesanan (wasiat) Ibn Sina dalam pendidikan anak: "Biarlah anak lelaki itu bercampur gaul dengan anak-anak lelaki yang lain yang berakhlak mulia semasa ia belajar kerana budak-budak gemar mengikut dan mencontohi rakan sebayanya dan juga mudah mesra."

Hisyam Ibn Abdul Malik telah berkata kepada Sulaiman al-Kalbi, pendidik anaknya: "Sesungguhnya inilah anak saya, dan ia merupakan kulit di antara kedua-dua mata saya. Saya telah menjadikanmu guru bagi mendidiknya; berpegang teguhlah dengan taqwa kepada Allah, laksanakanlah amanah. Pertama-tama saya berpesan kepadamu:Berpeganglah dengan kitab Allah (al-Quran). Dengarkanlah ia syair-syair yang paling elok. Bawalah dia berjalan-jalan di pelusuk desa Arab. Ambillah syair-syair mereka yang baik. Tunjukkanlah dia sebahagian perkara yang halal dan sebahagian perkara yang haram serta khutbah dan kisah peperangan."
Inilah sebahagian daripada contoh tentang perhatian yang telah diberikan oleh orang-orang khusus dan umum berhubung pendidikan anak-anak mereka. Mereka memilih pendidik yang paling istimewa sahaja di samping mengingatkan mereka kaedah-kaedah pengajaran yang betul dan prinsip-prinsip pendidikan yang praktikal dan mulia. Ini memandangkan bahawa merekalah yang bertanggungjawab mengenainya, telah diamanatkan kepada mereka, boleh ditanya jika mereka mencuaikan kewajipan itu atau mensia-siakan hak mengajar serta pendidikan mereka.

Jika para pendidik di kalangan ibu bapa dan guru-guru bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak serta pembentukan dalam penyediaan menghadapi hidup, nescaya wajiblah mereka mengetahui dengan jelas sejauh mana tanggungjawab mereka, peringkat-peringkatnya yang lengkap dan kepelbagaian sudutnya. Ini bagi membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab secara paling sempurna dan dengan erti yang paling mulia.

Tanggungjawab dan metodologi yang paling utama para pendidik mengikut pandangan ramai diklasifikasikan seperti berikut:

1. Tanggungjawab pendidikan sosial
2. Tanggungjawab pendidikan seks
3. Metodologi pendidikan yang berkesan terhadap kanak-kanak

Allah sahaja yang memberi petunjuk, serta daripada-Nya sahaja kita mendapat taufik dan pertolongan.

Sumber: http://www.islam.gov.my

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*