Bertaqwalah Kepada Allah


Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat Taqwa, kaya jiwa serta tidak menunjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi) (Riwayat Muslim) 
Yang dimaksudkan dengan kaya disini ialah kaya jiwa bukan kaya harta sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith.

Huraian Hadith:
1.    Tiga perkara yang apabila dilakukan oleh seseorang maka ia dikasihi oleh Allah S.W.T. Pertama: Bertaqwa, Kedua: Kaya Jiwa (Berakhlak mulia), Ketiga: Tidak menonjolkan diri

2.    Setiap umat Islam hendaklah sentiasa memperbaiki dirinya dari masa ke semasa dengan menanamkan tiga sifat tersebut diatas secara berperingkat-peringkat.

3.    Islam menyuruh umatnya supaya bertaqwa kepada Allah dan mempunyai sifat-sifat yang mulia dan berbudi bahasa, jangan bersifat sombong, ego dan sebagainya yang boleh menjatuh dan merendahkan mertabat kemuliaan manusia itu sendiri.

Sumber: www.islam.gov.my

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Kiamat Hampir Tiba


Hari Kiamat merupakan Hari Pengakhiran bagi semua makhluk di atas muka bumi ini. Hari kiamat merupakan hari di mana semua manusia dihimpunkan dari seawal-awal kelahiran iaitu manusia semenjak zaman Nabi Adam dan Hawa hinggalah kepada manusia yang paling akhir sekali dijadikan dandimatikan oleh Allah. Pada hari itu juga manusia dihisab amalannya, Hari Kiamat adalah sesuatu perkara yang benar sebagaimana benarnya bahawa setiap manusia akan mati. Al-Quran banyak menyebut tentang Kiamat itu sebagaimana yang disebut dalam surah al-Hajj:7 bermaksud: “Dan sesungguhnya hari kiamat itu pastiakan datang, tidak ada keraguan padanya…” 
Dalam ayat lain Allah berfirman: “Dan tidaklah kami ciptakan langit dan bumi serta apa yang ada pada keduanya, melainkan denganbenar, dan sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang, maka maafkanlah mereka dengan cara yang baik” (al-Hijr:85) 

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Jangan Jika Belum Sampai Waktunya


Cuba mendapatkan sesuatu sebelum sampai waktunya kerap kali hanya akan membawa kerugian. Logikanya mudah sahaja, cuba nenikmati buah-buahan yang belum masak hanya akan terhalang dari sebarang kenikmatan malah membawa kepada pembaziran sahaja. Logika ini bukan sahaja diterima aqal biasa, malah juga bertepatan dengan sebuah kaedah fiqh yang disepakati yang berbunyi: 
Ertinya: Barangsiapa yang tergesa-gesa dalam sesuatu sebelum sampai tempohnya, nescaya akibatnya adalah terhalang terus dari mendapatkannya (Al-Ashbah Wa An-Nazair, As-Sayuti, hlm 195) 

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

WANITA MENCARI JODOH: Apakah Kriteria Lelaki Yang Paling Ideal?

Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi, “Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Secara umumnya hadith ini menyenaraikan tentang ciri-ciri wanita yang biasanya menarik perhatian lelaki untuk dijadikan calon isteri. Wanita yang kaya, berharta, berdarjat tinggi dan cantik jelita adalah pakej lengkap yang meruntun hati kaum lelaki untuk menyuntingnya.
Namun yang lebih penting hadith di atas menyarankan kepada kaum lelaki agar memilih bakal isteri yang memiliki ciri “kuat penghayatan agamanya”. Ini disebabkan wanita yang melaksanakan segala ajaran agama akan memberikan pengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagiaan hidup berumahtangga.

Bagaimana pula ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan suami? Jika hadith di atas memberi panduan kepada kaum lelaki dalam memilih bakal isteri mereka, maka di samping itu Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita dalam memilih bakal suami mereka.

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Sanggul Wanita


Sumber: http://ummuaisyah-azharsofi.blogspot.com

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Peranan Bapa Semakin Mencabar


Perkara penting untuk melahirkan keluarga bahagia terletak kepada kepimpinan bapa. Perkara itu meliputi keupayaan mendidik, menjaga keselamatan, memberi kasih sayang, menyara perbelanjaan dan mempertahankan maruah. 

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Hukum Memasang Braces

Soalan:
Apa hukumnya memasang braces? Saya ada membaca artikel di dalam sebuah akhbar tempatan yang mengatakan: Berhias yang diharamkan oleh Islam ialah meratakan dan mengikir gigi agar lebih cantik dan yang mengubah ciptaan Allah.

Jawapan:
Yang difahami dari permasalahan: Meratakan gigi dan mengikir gigi diharamkan oleh Islam jika bertujuan agar lebih cantik dan bermaksud mengubah ciptaan Allah.

Memakai Braces
Braces atau pendakap digunakan mengikat gigi untuk meratakan kedudukan barisan gigi. Biasanya jika gigi sudah terlalu rapat dan tidak ada ruang untuk mengalihkan kedudukan gigi, salah satu gigi akan dicabut untuk memberi ruang perataan. Proses seperti ini tidak berlaku pengikisan atau pengasahan gigi.

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*