Menuntut Ilmu Adalah Fardu Yang Wajib Ke Atas Setiap Orang Islam


Firman Allah Taala, maksudnya: ".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia')

Hadis Kedua Puluh
20- عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)
20 - Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
(Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Jadilah Manusia Berilmu


Pelbagai cara manusia diberikan penghormatan dan kemuliaan. Ada manusia yang dimuliakan kerana pangkat dan kebesaran. Ada manusia yang dimuliakan kerana kebaikan dan kemurahan hati dan ada manusia yang dimuliakan kerana keturunan, tetapi kemuliaan yang paling berharga dalam kehidupan seseorang ialah kerana ilmu dan amalannya. Insan seperti ini sebenarnya bukan sahaja dimuliakan antara sesama manusia bahkan Allah juga turut memuliakannya. Ini jelas sebagaimana firman Allah di dalam Al-Mujadalah ayat: 11 yang bermaksud :

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Anak Itu Kupu-Kupu Syurga


Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. 
  • Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. 

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Nabi Laknat Perempuan Nipiskan Bulu Kening


Firman Allah bermaksud: "Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan tudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang / rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah wahai orang yang beriman, supaya kamu beruntung." (Surah an-Nur, ayat 31)

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Adab-Adab Makan Yang Dianjurkan Oleh Rasulullah SAW


Adab-adab makan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW di antaranya ialah:
  • Makan ketika lapar
  • Membasuh tangan
  • Membaca bismillah dan doa
  • Makan dengan tangan kanan
  • Duduk ketika makan
  • Ambil makanan yang paling hampir dengan kita
  • Berhenti sebelum kenyang
  • Selepas makan membaca alhamdulillah
  • Tidak menghina makanan

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Akikah


Ibadat akikah adalah sunat muakkad. Ia afdhal dilakukan pada hari ke-7 kelahiran bayi. Di antara amalan-amalan sunat yang dilakukan ketika majlis akikah hari ke-7 tersebut ialah:
  • Menyembelih binatang bagi lelaki afdhal 2 ekor kambing, sekiranya tidak mampu memadai dengan 1 ekor kambing sahaja. Manakala bagi bayi perempuan dengan 1 ekor kambing.
  • Mencukur rambut bayi dan ditimbang dengan kadar berat emas/perak, kemudian disedekahkan wang mengikut kadar nilai emas/perak itu.
  • Memberi nama anak dengan nama-nama yang mempunyai pengertian yang baik.
  • Mengadakan majlis kenduri kesyukuran kerana kelahiran anak tersebut.
  • Tahniq (membelah mulut) iaitu memberi bayi merasa makanan yang manis seperti kurma/madu.

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Terjemahan Al-Falaq



 Al Falaq
ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ
113001
{1} Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.
 Al Falaq
ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ
113002
{2} Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan.
 Al Falaq
ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ
113003
{3} Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
 Al Falaq
ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ
113004
{4} Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan.
 Al Falaq
ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ
113005
{5} Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Terjemahan An-Naas


1

ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. 114001
 

2

ﮅ ﮆ ﮇ

Yang Menguasai sekalian manusia. 114002
 

3

ﮈ ﮉ ﮊ

Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. 114003
 

4

ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ

Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. 114004
 

5

ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ

Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. 114005
 

6

ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ  

dari kalangan jin dan manusia. 114006

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Orang Yang Pelajari Ilmu Agama Dengan Tujuan Mendapat Habuan Dunia, Buruk Padahnya

Firman Allah Taala, maksudnya: " .. Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang salih dan janganlah ia mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadatnya kepada Tuhannya." (110, Surah Al-Kahf)
" .. hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan kepada-Nya segala ibadat dan bawaan mu." (2, Surah Al-Zumar).
Hadis Ketiga Puluh Tiga
33- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ لَا يَتَعَلَّمُهُ إِلَّا لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنْ الدُّنْيَا لَمْ يَجِدْ عَرْفَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. (أبو داود وابن ماجه)

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Balasan Orang Yang Mengerjakan Sembahyang Dengan Tidak Sempurna



Dalam satu hadis yang diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. melihat seorang yang tidak menyempurnakan rukuknya dan mematuk (seperti ayam) semasa ia sujud, lalu Baginda bersabda, maksudnya: "Kalau orang itu mati dalam keadaannya yang demikian, nescaya ia mati dengan ketiadaan Islam...."
Dalam satu hadis lagi ada diterangkan, maksudnya: "Seseorang itu tidak akan beroleh pahala dari sembahyangnya melainkan mana-mana yang dikerjakannya dengan penuh kesedaran.  Setengah orang yang mengerjakan sembahyang ada kalanya tidak mendapat seperenam dari pahala sembahyangnya dan tidak sepersepuluh." Yakni ia hanya mendapat pahala bagi bahagian sembahyang yang tertentu yang dikerjakannya dengan penuh kesedaran serta khusyuk.  Orang yang penuh sedar dan khusyuk di sepanjang-panjang sembahyangnya maka ia beroleh pahala bagi seluruh sembahyangnya itu dan sebaliknya orang yang lalai di sepanjang-panjang sembahyangnya hampalah dia dari mendapat sebarang pahala mengenainya.

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Sempurnanya Iman Seseorang Adalah Dengan Menurut Bulat-Bulat Apa Yang Dibawa Oleh Rasullullah SAW

Hadis Keenam Belas
16- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يَكُونَ هَوَاهُ تَبَعًا لِمَا جِئْتُ بِهِ. (الأربعين النووية)

16 - Dari Abdullah bin `Amr r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga hawa nafsunya tunduk menurut hukum-hukum dan pengajaran yang aku telah membawanya."
(Al-Arba'in An-Nawawiyah)
Hadis yang keenam belas ini menerangkan bahawa:
Sempurnanya iman seseorang adalah dengan menurut bulat-bulat apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Huraiannya:
Junjungan kita Muhammad s.a.w.  bukan sahaja seorang penganjur yang terkemuka bahkan Baginda juga seorang Rasul yang memimpin umat manusia dengan berpandukan wahyu dan Allah `Azza wa Jalla.
Oleh itu maka setiap orang hendaklah meletakkan kepercayaannya kepada Rasulullah s.a.w. lebih daripada kepercayaannya kepada diri sendiri dan apa yang dibawa oleh Baginda tidak boleh ditentang dengan apa yang difikirkan dan dipersetujui oleh diri masing-masing kerana segala yang disampaikan oleh Baginda dan Tuhan bukan untuk dicuai-cuaikan dan bukan pula untuk dijadikan suatu perkara yang diserahkan kepada perasaan dan runtunan hawa nafsu;  bahkan untuk dipatuhi dengan perasaan tenang hati serta persetujuan yang sebulat-bulatnya.
Orang yang mengutamakan fikiran atau pendapat dirinya daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. maka imannya tidak sempurna.  Demikian juga sesiapa yang memutar belitkan atau melakukan ta'wilan-ta'wilan terhadap ajaran-ajaran agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. untuk menyesuaikannya dengankemahuan atau fikirannya sendiri maka nyatalah imannya tidak sempurna. 
Oleh itu, jika ada yang terdorong berbuat demikian, maka segeralah rujuk kejalan yang benar,  semoga ia selamat di dunia dan di akhirat.
Sumber: 
http://www.islam.gov.my

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Iman dan Islam Yang Sempurna



Firman Allah Taala, maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut (nama) Allah (dan sifat-sifatNya): gementarlah hati mereka (kerana takut melanggar laranganNya), dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan merekabertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah;

"Mereka juga mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepadanya;
"Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya (dan dengan sempurnanya) (2-4 Al-Anfal),
Hadis Keempat Belas
14- عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ. (البخاري ومسلم)

14 - Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnyalebih daripada ibu bapanya, anak pinaknya, dan manusia seluruhnya."
(Bukhari dan Muslim)
Hadis yang keempat belas ini menegaskan bahawa:
Hakikat iman seseorang tidak akan sempurna melainkan apakala ia mengutamakan kasihnya kepada Rasulullah s.a.w.
Huraiannya:
Sebagaimana yang sedia maklum bahawa sebab-sebab yangmenjadikan seseorang tertarik hatinya menghargai, suka,  berkenan atau kasih kepada sesuatu perkara atau seseorang ada kalanya kerana sesuatu perkara atau seseorang itu memberi:
1) Keseronokan atau kesedapan kepada pancainderanya, seperti rupa yangcantik,  suara yang merdu, bau yang harum, makanan atau minuman yang lazat, dan pakaian atau tubuh badan yang halus lembut; 
2) Ketenteraman dan kesukaan kepada jiwa dan fikirannya, seperti amalibadat yang salih, budi bahasa yang mulia dan ilmu pengetahuan yang berguna;
3) Keselamatan dan kebahagiaan kepada keadaan hidupnya dunia dan akhirat, seperti harta benda, anak pinak, kaum keluarga dan kawan teman. 
Kalau salah satu dari sebab-sebab itu menjadi daya penarik hati seseorang maka tentulah lebih kuat dan lebih mendalam tertariknya hati seseorang itu kepada sesuatu perkara atau seseorang yang ia percaya ada padanya semua sebab-sebab yang tersebut dan tidak terhimpun sebab-sebab daya penarik itu padamakhluk yang lain daripada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
Oleh yang demikian tidak sempurna iman seseorang selagi ia tidak cinta kasih kepada Rasulullah s.a.w., tidak suka dan tidak berkenan kepada apa yang dibawanya dan tidak menghargai ajaran-ajarannya.
Sebenarnya cinta kasih kepada Rasulullah s.a.w. ialah suka dan berkenan mematuhi suruhannya dan meninggalkan larangannya.
Seseorang - walau sesiapa pun - apabila ia mengetahui sesuatu perkara yang dapat menarik hati dan keredhaan orang yang dikasihinya seperti isterinya atau sahabatnya atau ketuanya, tak dapat tidak ia akan melakukan perkara itu dan menyempurnakannya. Maka bagi orang yang cinta kasih kepada Rasulullah s.a.w. sudah tentu tidak ada sesuatu perkara pun sama ada dari urusan dunia atauagama yang wajib disegerakan mengerjakannya lebih daripada melakukan apa yang disukai dan diredhai oleh Rasulullah s.a.w.
Suka dan berkenan yang tersebut adalah dan kewajipan agama yang diterangkan oleh Allah Taala di dalam Al-Qur'an al-Karim, ayat 24, surah At-Taubah, yang maksudnya:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dankaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab siksaNya), kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik. "
Hadis Kelima Belas
15- عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ. (البخاري ومسلم)
15 - Dari Anas ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya."
(Bukhari dan Muslim)
Hadis yang kelima belas ini menerangkan bahawa:
Tidak sempurna iman seseorang yang tidak mempunyai perasaan timbang rasa persaudaraan sesama manusia. 
Huraiannya:
Islam mahukan masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang demikian tidak akan wujud melainkan dengan adanya perhubungan yang baik yangmenghubungkan orang-orang perseorangan antara satu dengan yang lain danmenghubungkan mereka dengan masyarakat seluruhnya!
Sebaik-baik asas yang menjamin keselamatan dan kemajuan bagi masyarakat danmenjamin kehidupan yang aman bahagia - ialah: "Hendaklah tiap-tiap seseorang dari mereka sukakan kebaikan bagi orang lain sebagaimana ia menyukainya bagi dirinya sendiri."
Ada di antara manusia yang sukakan dirinya sahaja dan tidak memikirkan orang yang menderita sakit pening, kemiskinan dan duka nestapa.
Jenis manusia yang demikian tidak mengakui persahabatan pertaliankaum kerabat dan maruah kecuali jika ia ada mempunyai sesuatufaedah disebaliknya.
Kebaikan pada pandangannya ialah yang membawa faedah kepadanya walaupun faedah itu haram;  dan kejahatan pada pandangannya ialah perkara yang menyebabkan dia mengeluarkan tenaga dan harta benda, sekalipun perkara itu mendatangkan faedah kepada anak-anak watannya, atau sahabat-sahabatnya atau pun kaum kerabatnya.
Ada kalanya dia bertambah perasaan tamak halobanya, sehingga dia memandang dirinya sahajalah yang berhak mendapat kebaikan dan orang lain tidakberhak mendapat sesuatu pun, lalu dia berusaha untuk mendapat segala-galanya, sekalipun benda-benda itu dari harta benda orang-orang miskin dan makanan orang-orang yang dhaif lemah.
Jenis manusia ini, yang hidup untuk kepentingan dirinya semata-mata dimurkaiAllah Taala, dibenci oleh Islam dan disifatkan akhlaknya yang demikian, terkeluar dan dasar Islam.
Ada pun jenis manusia yang dikasihi Allah dan diredhai oleh masyarakat - ialah orang yang hidup untuk dirinya dan untuk orang lain dan sentiasa memikirkan kebaikan umat manusia sebagaimana ia memikirkan kebaikan dirinya sendiri, kerana sikap yang demikian adalah dari iman yang sempurna. 
Cinta kasih kepada umat manusia yang tidak memusuhi Islam danpelaksanaan tanggungjawab terhadapnya - itulah yang menguatkan perhubungan sesama manusia sekalipun berlainan bangsa dan agama dan itulah jua yang menghapuskan banyak di antara kejahatan-kejahatan dan perbuatan yang durjana.
Seseorang yang mengikat perhubungannya dengan orang lain berdasarkanasas yang tersebut ialah orang yang bersih suci hatinya dan segalasifat yang keji,  seperti hasad dengki,  dendam kesumat,  sombong angkuh dan sebagainya. Orang itu ialah juga orang yang waras fikiran dan kesedarannya, serta menjadi anggota masyarakat yang baik dan berguna.
Sumber: http://www.islam.gov.my

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Maal Hijrah

Pada awal abad yang ketujuh Masehi, masyarakat dunia berada di pintu kehancuran. Kuasa dunia pada abad tersebut yang terdiri dari Kerajaan Empayar Rom (509SM-453M) dan Kerajaan Empayar Farsi (700SM-641M) telah menjunam jatuh akibat rebutan kuasa dan perpecahan di sana sini. Masyarakat Arab yang menghuni Semenanjung Tanah Arab lebih teruk menghadapi keruntuhan akibat daripada keruntuhan moral dan sifat taksub kepada kabilah dan puak. Dunia dalam bahaya kerana keadaan masyarakatnya tidak stabil lantaran kehilangan tonggak pegangan dan moral. 

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Luh Mahfuz dan Lailatulqadar

Tidak banyak diketahui tentang Luh Mahfuz. Ulama jarang menghuraikannya kerana barangkali ia adalah urusan alam ghaib atau urusan rahsia Allah. Dalam al-Quran pun, Luh Mahfuz di sebut secara sepintas lalu sahaja tanpa penjelasan lanjut. Sebagai contohnya dalam satu peristiwa yang amat bersejarah ahli tafsir menyatakan Luh Mahfuz disebut berkaitan dengan nuzul al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia) secara sekali gus yang berlaku dalam bulan Ramadan. Allah berfirman (bermaksud) al-Quran itu telah tersimpan di Luh Mahfuz (Al-Buruj: 22). Menurut Ibn Abbas dan A;-Qurtubi dalam tafsirnya menyatakan terdapat kesepakatan ulama bahawa nuzul Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah berlaku secara sekali gus pada malam Lailatulqadar dalam bulan Ramadan. Tempoh lama al-Quran tersimpan di Luh Mahfuz dan berada di Baitul Izzah tidak diketahui kerana ulama tidak memberi huraian lanjut, mungkin hal ini sebagai persoalan ghaib atau rahsia Allah. Dengan demikian malam Lailatul Qadar yang diburu oleh kebanyakan umat Islam yang solih pada sepuluh malam terakhir Ramadan adalah berkaitan Nuzul Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah dan bukannya permulaan nuzul Quran dari Baitul Izzah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril juga berlaku pada 17 Ramadan yang berlaku 13 tahun sebelum Hijrah.

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Malaikat Malik

Dia adalah penjaga neraka. Allah Ta’ala berfirman,
“Mereka berseru, ‘Hai Malik, biarlah Rabb-mu membunuh kami saja’. Dia menjawab, ‘Kamu akan tetap tinggal (di Neraka ini)’. Sesungguhnya Kami telah membawa kebenaran kepada kamu tetapi kebanyakan diantara kamu benci kepada kebenaran itu” Az Zukruf: 77-78

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Malaikat Israfil



Dia diserahi tugas meniup sangkakala atas perintah Rabb-nya dengan tiga kali tiupan. Pertama adalah tiupan keterkejutan, tiupan kedua adalah tiupan kematian dan tiupan ketiga adalah tiupan kebangkitan.

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Malaikat Mikail

Dialah yang diserahi tugas mengatur hujan dan tumbuh-tumbuhan di mana semua rizki di dunia ini berkaitan erat dengan keduanya. Terdapat penyebutan Jibril dan Mika-il secara bersamaan dalam satu ayat, Allah Ta’ala berfirman:
“Barangsiapa menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mika-il, maka sesungguhnya Allah musuh bagi orang-orang kafir” Al Baqarah: 98

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Malaikat Jibril

Adalah malaikat yang diberikan amanat untuk menyampaikan wahyu, turun membawa petunjuk kepada Rasul agar disampaikan kepada umat. Allah Ta’ala berfirman: 

“Dan sungguh dia (Muhammad) telah melihatnya (Jibril) di ufuk yang terang” At Takwiir: 23
Rasulullah SAW bersabda: 
“Aku melihatnya (Jibril) turun dari langit, tubuhnya yang besar menutupi antara langit sampai bumi” (HR. Muslim no. 177, dari ‘Aisyah) 
Abdullah bin Mas’ud menjelaskan bahwa Nabi Muhammad SAW melihat Jibril memiliki enam ratus sayap (HR. al Bukhari no. 4857)

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Gelaran Ummul Mukminin Kepada Isteri Rasullulah SAW


Setelah Khadijah meninggal, Nabi Muhammad menikah lagi sebanyak 10 kali, sehingga jumlah wanita yang menjadi istrinya ada 11 orang. Kesebelas wanita ini disebut sebagai Ummul Mukminin (ibu dari orang-orang yang beriman). Sebutan tsb menunjukkan bahwa para istri Nabi SAW adalah wanita-wanita yang terpilih dan dimuliakan Allah SWT.

Nabi SAW menikahi para wanita itu karena beberapa alasan, antara lain untuk melindungi mereka dari tekanan kaum musyrikin, membebaskannya dari status tawanan perang, dan mengangkat derajatnya. Tidak jarang pernihakan yang dilakukan Nabi SAW menciptakan hubungan perdamaian antara dua suku yang sebelumnya saling bermusuhan.

Para Ummul Mukminin itu adalah:

1.    Khadijah binti Khuwailid
2.    Sa'udah binti Zam'ah
3.    Aisyah binti Abu Bakar as-Sidiq
4.    Zainab binti Huzaimah bin Abdullah bin Umar
5.    Juwairiyah binti Haris
6.    Sofiyah binti Hay bin Akhtab
7.    Hindun binti Abi Umaiyah bin Mugirah bin Abdullah bin Amr bin Mahzum
8.    Ramlah binti Abu Sufyan
9.    Hafsah binti Umar bin Khattab
10.  Zainab binti Jahsy bin Ri'ah bin Ja'mur bin Sabrah bin Murrah
11.  Maimunah binti Haris

Beberapa dari istri Nabi SAW ini juga menjadi periwayat hadist, yaitu Aisyah, Hafsah, dan Zainab binti Jahsy.

Sumber: http://www.islam.gov.my

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*