Hukum Bergincu (Memakai Lipstick)


Soalan:
Apakah hukum bergincu (lipstick) bagi perempuan yang bujang dan yang sudah berkahwin?

Jawapan:
Islam Agama Fitrah
Islam adalah agama fitrah kerana setiap hukum-hakamnya bersesuaian dengan fitrah manusia. Oleh itu tidak ada satu pun daripada hukum-hakam Islam itu yang bertentangan dengan fitrah manusia, bahkan fitrah manusia memerlukan dan berhajat kepada hukum-hakam bagi membimbingnya kepada jalan yang betul.

Keharusan Berhias Bagi Kaum Perempuan
Keharusan berhias bagi kaum perempuan adalah salah satu daripada hokum Islam yang meraikan fitrah manusia. Setiap perempuan inginkan kecantikan dan mahu dipandang cantik. Cara berhias pula berbeza-beza dari semasa ke semasa.

Islam tidak menentang keinginan fitrah semula jadi tersebut. Walau bagaimanapun, Islam juga telah menetapkan supaya kecantikan itu hanyalah untuk seorang lelaki sahaja iaitu pasangan hidupnya yang bernama suami. (Fi Zhilâl al-Qur’ân: 4/18/2514)

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Solat Sunat Dhuha

Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih.  Maksimanya 12 rakaat.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ

Daripada Abu Hurairah, Sabda Nabi S.A.W., "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah S.A.W.) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari  setiap bulan,  sembahyang dhuha 2 rakaat dan  sembahyang witir sebelum tidur" (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).   


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ

Daripada Anas bin Malik, Sabda Nabi S.A.W.; "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (Riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)
 Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."
Rasulullah S.A.W. bersabda lagi:
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*