Minyak Wangi Yang Mengandungi Alkohol

Alkohol ialah bahan cecair tanpa warna yang mudah mengewap menjadi gas dan mudah terbakar yang boleh dihasilkan melalui dua cara: 
  1. Penapaian yis karbohidrat (yeast fermentation of carbohydrates)
  2. Sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia (yang bukan daripada sumber semula jadi seperti tumbuhan dan binatang) dengan pencairan atau penghidratan etil (hydration of ethylene). (The New Webster’s Encyclopedic Dictionary of the English Language: 17) 

Cara yang pertama itu adalah merupakan cara bagaimana menghasilkan khamr (arak) atau minuman yang memabukkan.

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Mengapa Orang Islam Tidak Boleh Makan di Restoran Bukan Islam

Restoran dan kedai-kedai makan bukan Islam di negara kita (Brunei Darussalam), sudah lama dilabel: “Bukan Tempat Makan Minum Orang Islam”. Label ini berunsur pimpinan, irsyâd atau pemberitahuan kepada orang-orang Islam, bahawa mereka janganlah makan minum di tempat-tempat berkenaan, namun label itu tidak mempunyai kuatkuasa undang-undang. Dalam makna yang lain, kalau ada orang Islam makan minum juga di tempat-tempat berkenaan, tidak ada peruntukan undang-undang untuk mengenakan hukuman ke atas mereka.

Tujuan label ini jelas, untuk memandu dan memelihara orang-orang Islam supaya memakan hanya makanan yang halal, bukan yang syubhah, jauh sekali yang haram. Tidak payahlah diperdebatkan, jauh sekali ditengkarkan sesama Islam. Kecuali oleh orang-orang yang keras hati. Tanda keras hati itu apabila seseorang Islam menasihati saudaranya, lalu saudaranya itu berkata: “Aku tidak perlu nasihat …”, “aku punya suka …”, “orang lain apa peduli” dan lain-lain lagi seumpamanya.

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Aurat Wanita Menurut Al-Quran dan Hadith

Bulu Kening

Menurut Bukhari bahawa:
"Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." (Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki(atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan:
Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Adakah Haram Memakai Gelang Kaki Tanpa Loceng


Firman Allah yang bermaksud : 
“Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur: 31)
Berdasarkan firman Allah di atas ini, jelas bagi setiap wanita tentang tatacara berpakaian yang dituntut di dalam Islam. Malah wanita tidak dibenarkan berjalan secara berhentak-hentak kaki kerena ia mampu menarik perhatian orang lain yang bukan mahramnya. Ini juga dapat menimbulkan fitnah buatnya. Perlu diketahui bagi sekelian wanita yang cintakan Islam yang memakai kasut bertumit, apabila mereka berjalan ia akan mengeluarkan bunyi yang kuat, ini juga boleh menarik perhatian dan minat orang yang bukan mahram terutamanya lelaki. Perkara ini juga boleh digolongkan dalam larangan Allah akan wanita yang berjalan dengan hentak-hentak kaki dan mengeluarkan bunyi. 

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Bersugi (Bersiwak)

Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi. Bersugi hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan sembahyang, ketika hendak membaca Al-Quran dan ketika berubah bau mulut.

Dihukumkan makruh bersugi apabila telah gelincir matahari (masuk waktu Zohor) bagi orang yang berpuasa, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Dari Abu Hurairah R.A.H dari Nabi S.A.W sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu di sisi Allah S.W.T. itu lebih harum daripada kasturi”. (Riwayat Muslim)

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Jujur Dalam Berjual Beli


Hadith:
Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menjual sesuatu barang yang cacat dengan tidak menerangkan kecacatan itu kepada pembelinya, ia sentiasa dalam kemurkaan Allah, dan Malaikat pula sentiasa melaknatnya." (Wa'ilah bin al-Asqa' r.a)

Pengajaran hadith:
  1. Berniaga adalah antara punca rezeki yang dihalalkan oleh Allah.
  2. Sebarang jual beli yang dilakukan mestilah dibuat dengan jujur daripada kedua belah pihak di mana sesiapa yang menjual barang yang cacat dan dia pula sengaja menyembunyikannya daripada pembeli maka sepanjang masa ia akan berada di dalam kemurkaan Allah dan juga malaikat-Nya.
  3. Balasan ini adalah wajar kerana ia telah melanggar prinsip keadilan yang menghalang pembeli daripada mendapat faedah bersama.
Sumber: www.islam.gov.my

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Islam Melarang Umatnya Memohon Untuk Mati


Rasulullah S.A.W. Bersabda bermaksud: Janganlah ada diantara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah. (Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith:
  1. Haram hukumnya bagi seseorang muslim bercita cita dan berdoa untuk mati apabila hidup di dalam kesengsaraan dan menderita.
  2. Setiap mukmin yang panjang umurnya mempunyai banyak peluang untuk ia beramal ibadat kepada Allah sebagai bekalan di akhirat nanti.
  3. Islam tidak membenarkan umatnya bercita cita untuk mati, tetapi menggalakkan umatnya supaya bercita cita untuk menambahkan ilmu pengetahuan demi kemajuan ummah.


Sumber: www.islam.gov.my

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*