Hukum Bertepuk Tangan

Soalan:
Apakah hukum bertepuk tangan? Ada yang memberitahu hukumnya haram.

Bila Seseorang Itu Bertepuk Tangan?
Di dalam sembahyang terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan dalam lima perkara, antaranya:

Jika berlaku sesuatu perkara di dalam sembahyang yang memerlukan peringatan seperti mengingatkan imam apabila dia lupa, maka lelaki mengucapkan سبحان الله dengan tujuan membaca zikir dan memberi ingat.

Sementara perempuan pula, jika berlaku sesuatu perkara di dalam sembahyang yang memerlukan peringatan seperti mengingatkan imam jika dia lupa, maka perempuan bertepuk dengan memukulkan perut tapak tangan kanan ke atas belakang tapak tangan kiri.

Ini bersandarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: Mengucapkan tasbih itu untuk lelaki dan bertepuk itu untuk perempuan. (Hadith riwayat Ibnu Majah) 
Daripada apa yang telah diterangkan, jelaslah bahawa bertepuk tangan itu adalah perbuatan kaum perempuan, bukan untuk lelaki.

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Cara Sembahyang Masbuq

Soalan:
Bagaimanakah cara sembahyang masbûq? Contohnya jika imam masih pada rakaat kedua, ma’mum yang baru sampai terus berniat mengikut imam.

Jawapan:
Masbûq ertinya yang didahului. Salah satu daripada istilah ilmu fiqh, iaitu ma’mum yang tidak sempat membaca surah al-Fâtihah berserta imam pada rakaat pertama. Lawannya muwâfiq. Hukumnya adalah seperti berikut:
  1. Jika ma’mum melakukan takbîratul ihrâm sewaktu imam belum ruku‘, hendaklah ma’mum terus membaca surah al-Fâtihah seberapa segera yang mungkin tanpa membaca doa Iftitâh. Apabila imam ruku‘ sebelum ma’mum habis membaca surah al-Fâtihah, maka hendaklah ma’mum itu memberhentikan bacaan surah al-Fâtihahnya dan terus ruku‘ bersama imam, kerana bacaan surah al-Fâtihah ma’mum yang tidak habis itu sama ada sebahagiannya atau semuanya akan ditanggung oleh imam.
  2. Sekiranya ma’mum melakukan takbîratul ihrâm sewaktu imam sedang ruku‘, hendaklah ma’mum itu terus ruku‘ bersama imam tanpa membaca surah al-Fâtihah. Dengan berbuat demikian, ma’mum tersebut mendapat satu rakaat, kerana ma’mum itu sempat ruku‘ bersama imam. Tetapi sekiranya dia tidak sempat ruku‘ bersama imam, maka tidaklah dikira rakaat itu bersama imam. Hendaklah ditambah kekurangan rakaatnya sesudah imam memberi salam.
  3. Jika imam sedang duduk membaca tahiyyat atau sedang sujud, maka ma’mum hendaklah melakukan takbîratul ihram kemudian terus mengikut keadaan dan perbuatan imam itu. Oleh kerana ma’mum itu tidak sempat ruku‘ bersama-sama imam, maka dia tidak dikira mendapat satu rakaat. 

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*