Was Was Semasa Hendak dan Dalam Sembahyang

Soalan:
Saya ada mempunyai sifat waswas yang amat tinggi. Setiap kali saya hendak melakukan sembahyang, hati saya susah nak memasang niat. Setiap kali saja saya hendak mengangkat takbir, hati saya ragu-ragu dan begitu juga ketika sembahyang, ketika membaca ayat-ayat dalam sembahyang terutama membaca ‘Bismillah’, hati saya ragu-ragu sama ada bacaan saya itu betul atau tidak.

Jawapan:
Waswas menurut Kamus Dewan bererti perasaan sangsi, curiga dan khuatir. Dari istilah Bahasa Arab pula bererti sangkaan buruk yang merunsingkan hati atau fikiran dan godaan batin.

Menurut Imam al-Qurthubi Rahimahullah, al-Waswasah adalah suara yang tersembunyi atau bisikan hati (dalam diri). Manakala al-Waswâs adalah nama syaitan sepertimana yang disebutkan dalam surah an-Nâs. (Al-Jâmi‘ li Ahkâm al-Qur’ân: 20/261)

Perasaan waswas berbeza dengan syak. Menurut Sayyid al-Bakri Rahimahullah, sembahyang tidak batal jika waswas timbul kerana ia adalah fikiran yang datang tanpa pilihan (ia hanyalah mainan fikiran). (Hâsyiah I‘ânah ath-Thâlibîn: 1/343)

Manakala sekiranya syak timbul, maka hendaklah kita teruskan dengan apa yang kita yakini. Ini bersesuaian dengan salah satu Qâ‘idah Fiqhiyyah:

Ertinya: Keyakinan tidak dihilangkan oleh syak.

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*