Bekerja Tuntutan Kehidupan

Sebagai seorang manusia (hamba Allah) yang hidup di atas mukabumi ini,  wajib bagi kita bekerja mencari nafkah dan belanja kehidupan. Sumber kewangan boleh diperolehi dari usaha dan ikhtiar. Oleh yang demikian usaha dan ikhtiar adalah wajib menurut Ahli Sunnah wal Jamaah. Begitu juga harta yang diperolehi itu mestilah halal menurut pertimbangan syarak. Ia bergantung dengan cara memperolehinya iaitu samada dengan jalan yang halal dan diharuskan syarak.

Bekerja Sunnah Kehidupan

Firman Allah s.w.t dalam Surah an-Nabak ayat 8 - 11:

"Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasangan. Dan Kami menjadikan  tidur kamu untuk berehat. Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian. Dan kami telah menjadikan siang, masa untuk membina kehidupan"

Allah SWT memerintahkan  kepada setiap hamba-hamba-Nya supaya berkerja mencari penghidupan di dunia. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Taubah:105):

Dan katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mu'min akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan".

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*