Jalani Kerja Anda Sebagai Seorang Muslim

"Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak banyaknya (dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)".(Surah al-Jumuah:10)
Di dalam konteks kerja hari ini, kebanyakan di kalangan insan Muslim yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang pekerja sedia maklum tentang etika pekerjaan yang seharusnya dilakukan. Namun, pada hakikatnya masih ramai lagi di kalangan mereka yang tidak memahami, tidak mengerti, malah ada yang berpura-pura tidak mengerti dan menghayati akan hakikat tanggungjawab yang seharusnya digalas
Indahnya hidup di dalam Islam kerana ia melengkapi seluruh aspek kehidupan manusia seperti mana sempurnanya sebuah lukisan apabila ianya dipenuhi warna-warni kehidupan. Di hakikat kehidupan zaman sekarang, seharusnya masyarakat sedar bahawa kerja yang dilakukan saban hari bukan semata-mata kerana imbuhan yang bakal diterima bagi mengorak langkah di pentas dunia, malah ianya merupakan kunci utama di dalam melakukan ibadah kepada Allah S.W.T.

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*

Rasulullah S.A.W Idola Anak-Anak & Kami Berdua *We Love You*

Rasulullah s.a.w. telah dibangkitkan oleh Allah untuk memimpin umat manusia di dunia ini ke jalan yang selamat dan bahagia di dunia dan di akhirat. Baginda S.A.W. adalah rahmat dari Allah S.W.T.yang tidak ternilai harganya kepada alam semesta ini,sebagaimana jelas dari firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
'Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam' [Anl-Abiya’:107]
Sebagai seorang Rasul yang diutuskan, darjat ketinggiannya mengatasi pemimpin-pemimpin yang lain. Baginda bersifat ma’sum iaitu terpelihara dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Maka kerana itu, arah dan tujuan yang di bawanya untuk seluruh umat manusia ini adalah benar dan terjamin. 

Baginda memimpin umatnya ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. iaitu agama Islam. Kini Baginda S.A.W. sudah tidak ada lagi di dunia ini, tetapi umatnya tetap dijamin tidak akan sesat selama mana mereka berpegang dengan pusaka tinggalannya iaitu al-Quran dan al-Sunnah. 


Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*