Jalani Kerja Anda Sebagai Seorang Muslim

"Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak banyaknya (dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)".(Surah al-Jumuah:10)
Di dalam konteks kerja hari ini, kebanyakan di kalangan insan Muslim yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang pekerja sedia maklum tentang etika pekerjaan yang seharusnya dilakukan. Namun, pada hakikatnya masih ramai lagi di kalangan mereka yang tidak memahami, tidak mengerti, malah ada yang berpura-pura tidak mengerti dan menghayati akan hakikat tanggungjawab yang seharusnya digalas
Indahnya hidup di dalam Islam kerana ia melengkapi seluruh aspek kehidupan manusia seperti mana sempurnanya sebuah lukisan apabila ianya dipenuhi warna-warni kehidupan. Di hakikat kehidupan zaman sekarang, seharusnya masyarakat sedar bahawa kerja yang dilakukan saban hari bukan semata-mata kerana imbuhan yang bakal diterima bagi mengorak langkah di pentas dunia, malah ianya merupakan kunci utama di dalam melakukan ibadah kepada Allah S.W.T.

Pentingnya bagi seorang Muslim menghayati dan memahami betapa besarnya amanah yang telah Allah S.W.T berikan kepada individu tanpa mengira perbezaan latar belakang bidang yang diceburi. Begitu indahnya din-Islam umpama ruang jari jemari yang melengkapi antara satu sama lain. Namun, sejauh manakah manusia menyedari akan hakikat itu perlu diteliti dan dikaji semula.
Secara zahirnya, seseorang insan Muslim boleh dikatakan antara kategori yang tidak menjalankan amanah dengan jujur adalah apabila:
  • Tujuan Bekerja 
  • (adakah seseorang benar-benar memahami bahawa kerja adalah sebahagian daripada ibadah pahalanya atau sekadar mengharapkan kuantiti imbuhan yang banyak)

  • Kawalan masa 
  • (adakah seseorang itu datang dan pulang pada masa yang sepatutnya)

  • Kad Pengimbas 
  • (adakah seseorang itu benar-benar memegang amanah dengan tidak menggunakannya sebagai kepentingan peribadi atau menyuruh rakannya sahaja sebagai pihaknya ekoran kerana datang lewat atau pulang awal)

  • Kualiti Kerja 
  • (adakah seseorang itu menghabiskan masanya di dalam pejabat atau melakukan aktiviti di luar pejabat seperti bersembang dengan rakan-rakan dan sebagainya)

Semoga kita sebagai insan yang meniti perjalanan di muka Allah, menunaikan janji yang telah di amanah oleh Allah S.W.T dengan sebaiknya. Janganlah kita diumpamakan seperti ‘indah khabar dari rupa' di mana ianya cantik hanya sekadar luaran tetapi kosong pada dalamannya tanpa meletakkan puncak iman sebagai dasar di atas segala-galanya.
Sumber: http://www.jais.gov.my/

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*