Aurat Perempuan Muslimah Bersama Perempuan Kafir


Soalan:
Saya adalah seorang pelajar yang menuntut di universiti di luar negara iaitu New Zealand. Saya tinggal di sebuah apartmen (rumah) yang mempunyai enam orang penghuni semuanya. 4 orang adalah orang Melayu Islam dan 2 orang lagi adalah orang kafir. Semua penghuni di apartmen itu adalah perempuan.

Apakah saya boleh membuka aurat saya (tidak memakai tudung/jilbab, memakai pakaian lengan pendek dan sebagainya) dengan 2 orang perempuan kafir yang tinggal bersama-sama dengan saya di apartmen tersebut?

Jawapan:
Aurat wanita Islam sesama atau di hadapan wanita bukan Islam mengikut pendapat yang muktamad ialah seluruh badan wanita Islam itu, kecuali bahagian-bahagian yang perlu terbuka ketika bekerja. (Fath al-‘Allâm: 2/178)

Berdasarkan pendapat muktamad ini, wanita Islam boleh membuka bahagian yang perlu dibuka semasa bekerja di hadapan perempuan bukan Islam, seperti wajah, kedua belah tangan semasa masak-memasak atau membasuh pakaian.

Sumber: Pejabat Mufti Brunei Darussalam

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*