Zakat Siri 5

    zakat hutang

    Hutang ialah nilai sejumlah wang yang diberi pinjam kepada orang lain dan ia wajib dikeluarkan zakat jika kemungkinan besar ia boleh dijelaskan oleh peminjam tersebut. Hutang yang baru digabungkan dengan baki kekayaan wang tunai yang lain dalam hitungan nisabnya. Sedangkan hutang yang perlu dibayar kepada orang lain oleh orang yang ingin mengeluarkan zakat, ia tidak dihitung sebagai harta yang perlu dikeluarkan zakat sebagaimana berikut:
    1. Hutang boleh menghalang kewajipan zakat dari orang yang berhutang sesuai mengikut nilai hutang tersebut apabila hutang berada di dalam tanggungannya sebelum tiba waktu wajib membayar zakat dan apabila orang yang ingin mengeluarkan zakat tidak mempunyai harta lain untuk membayar hutangnya selain dari harta zakat yang melebihi keperluan asasnya, dia bolehlah menjelaskan hutangnya itu dari harta zakat tersebut.
    2. Jika orang yang berhutang yang ingin mengeluarkan zakat memiliki pelbagai jenis harta yang melebihi dari harta zakat, dia hendaklah menggunakan salah satu dari jenis harta tersebut untuk menjelaskan hutangnya kemudian dia mengeluarkan zakat bagi baki harta zakat yang lain. Keadaan ini adalah lebih berfaedah bagi golongan yang berhak menerima zakat.
    3. Hutang-hutang jangka panjang (hutang tunggakan) yang berkaitan dengan tempat tinggal dan hutang-hutang lain seumpamanya yang membiayai aset tetap adalah tidak diwajibkan zakat dan ia biasanya dijelaskan secara beransur-ansur dalam jangka masa yang panjang. Hutang sebegini hanya boleh mengurangi harta zakat sesuai mengikut nilai ansuran tahunan yang perlu dijelaskan pada tahun tersebut sahaja dan orang berkenaan (orang yang berhutang) hanya wajib mengeluarkan zakat bagi baki harta yang masih berada di tangannya, jika masih lagi cukup nisab ataupun lebih dari nisab.
    4. Harta-harta yang wajib dikeluarkan zakat akan dikurangkan dengan kesemua hutang-hutang yang membiayai urusan-urusan perniagaan apabila orang yang berhutang tidak mempunyai modal yang dimiliki (aset tetap) lebih dari keperluan asasinya.
    5. Harta-harta yang wajib dikeluarkan zakat akan dikurangkan dengan hutang-hutang pelaburan yang membiayai sesuatu projek perkilangan (eksploitasi) apabila orang yang berhutang tidak mempunyai modal yang dimiliki (aset tetap) lebih dari keperluan asasinya yang boleh digunakan untuk menjelaskan hutang-hutang tersebut. Jika dia memiliki aset tersebut, maka aset itulah yang perlu digunakan untuk menjelaskan hutang. Semasa dia menjelaskan hutang dengan menggunakan aset tersebut, harta-harta yang wajib dikeluarkan zakat tidak perlu lagi dikurangkan dengan hutang.
    Sekiranya aset tersebut tidak mencukupi untuk menjelaskan hutang, maka harta-harta yang wajib dikeluarkan zakat akan dikurangkan dengan nilai hutang yang masih berbaki (diambil dari harta zakat untuk menjelaskan baki hutang tersebut) dan sekiranya hutang tersebut adalah hutang pelaburan jangka panjang (hutang tunggakan), maka harta zakat diambil hanya untuk menjelaskan ansuran tahunan yang perlu dijelaskan pada tahun tersebut sahaja.

Sumber: http://www.islam.gov.my

Doa Pembuka Hati

* Daftar untuk menerima artikel terkini melalui emel*