Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah
membincangkan Status Terkini Pematuhan Syariah Skim Sijil Simpanan Premium Bank
Simpanan Nasional (BSN). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Bank Simpanan
Nasional (BSN), Muzakarah mendapati dan berpuashati bahawa pelaksanaan skim
Sijil Simpanan Premium (SSP) oleh BSN telah dikemaskini dengan menggunakan akad
Mudharabah (perkongsian untung) dan dana SSP dilaburkan dalam instrumen dan
aset yang mematuhi Syariah serta hadiah-hadiah yang disumbangkan adalah
menggunakan dana dari sumber Skim Perbankan Islam (SPI) BSN.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa skim Sijil
Simpanan Premium yang telah diperbaharui pelaksanaannya oleh BSN adalah produk
yang sepenuhnya mematuhi Syariah dan diharuskan oleh syarak.
http://www.e-fatwa.gov.my